Kelebihan HDTV dalam istilah bukan kejuruteraan Televisyen_definisi_tinggi

HDTV berpotensi menawarkan mutu gambar yang jauh lebih baik berbanding televisyen biasa. Kejelasan HD yang lebih tajam bererti gambar pada skrin akan kurang kabur. HD juga membawa faedah-faedah lain seperti gerakan yang lebih lancar, pewarnaan yang lebih kaya dan semula jadi, dan kebolehan membenarkan pelbagai perkakas input untuk bekerjasama.

Hampir kesemua HD yang ada secara komersil adalah digital, jadi sistem ini tidak patut menghasilkan imej yang berbintik-bintik atau lesu akibat isyarat yang lemah kesan daripada gangguan isyarat, seperti corak siku keluang atau alunan mencancang.

Dengan HDTV, tiadanya kecacatan skrin televisyen yang selalu dilihat dalam televisyen biasa ialah satu lagi sebab ramai makin menggemari definisi tinggi berbanding analog. Seperti yang dikatakan tadi, masalah-masalah seperti bintik-bintik yang terhasil kerana signal lemah, imej berdua kesan ghosting atau sinaran gambar berdua dari gangguan elektromagnetik yang tidak berlaku dalam penyiaran digital HDTV.

Warna-warna secara amnya akan kelihatan lebih realistik kerana lebar jalur yang lebih besar. Maklumat visualnya lebih kurang 2-5 kali lebih tajam keseluruhannya. Sela-sela di antara garis imbasan lebih kecil atau tidak dapat dilihat. Kandungan TV lama yang dirakam dan diabadikan dalam filem 35 mm kini boleh ditayangkan dalam peleraian yang hampir sama dengan yang asalnya difotokan. Perbandingan yang baik bagi mutu televisyen ialah melihat melalui tingkap. HDTV menawarkan kejelasan yang sangat hampir kepada ini.

Huruf "i" dalam nombor-nombor ini adalah singkatan bagi interlaced (selang seli) dan "p" pula progressive (progresif). Dengan imbasan selang seli, 1,080 garisan dibahagi dua, iaitu 540 yang pertama dilukis pada satu bingkai, diikuti 540 yang seterusnya pada satu bingkai lagi. Kaedah ini mengurangkan lebar jalur dan meningkatkan kadar bingkai ke 50-60 bingkai sesaat. Imbasan progresif memaparkan kesemua 1,080 garis pada detik yang sama pada 60 bingkai sesaat dengan menggunakan lebih lebar jalur. (Lihat: Penjelasannombor-nombor HDTVdan glosari orang biasa (Inggeris))

Bunyi keliling Dolby Digital 5.1 disiarkan seiring dengan isyarat video HDTV piawaian, membolehkan bunyi keliling yang sepenuhnya. (Isyarat penyiaran televisyen biasa cuma merangkumi audio monofon atau stereofon. Penyiaran stereo boleh dikodkan dengan Dolby Surround, satu format bunyi keliling video rumah yang awal.) Kedua-dua rekaan ini mengguna elektrik dengan lebih cekap berbandingan rekaan SDTV yang sama saiznya, iaitu kos pengendalian yang lebih rendah. LCD merupakan peneraju dalam penjimatan tenaga.

Rujukan

WikiPedia: Televisyen_definisi_tinggi http://www.crtc.gc.ca/ http://www.pcworld.ca/Pages/NewsColumn.aspx?id=a41... http://www.pcworld.ca/Pages/NewsColumn.aspx?id=c0b... http://www.answers.com/topic/hdtv-display-modes?ca... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://gadget-minded.blogspot.com/2006/11/progress... http://gear.ign.com/articles/799/799952p1.html http://www.pcworld.com/article/id,132289-c,hdtv/ar... http://www.dtv.gov/